Konsep

Apa itu al-Quran ?

Dari segi bahasa : Quran berasal dari Qara'a , yang bererti menghimpun dan menyatukan . Juga boleh didefinisikan sebagai ; Qira'ah , yang bermaksud menghimpunkan huruf dan kata yang satu dengan yang lainnya dengan susunan rapih .
gambar hiasan
Dari segi istilah pula :
  • Menurut Dr. Subhi alSalih ;
كَلاَمُ اللهِ الْمُعْجِزُ الْمُنَزَّلُ عَلَى قَلْبِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَنْقُوْلُ بِالتَّوَاتِرِ الْمُتَعَبَّدُ بِتِلاَوَت
Quran adalah Kalamullah merupakan mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SWT , yang disampaikan secara mutawatir dan dijadikan membacanya sebagai ibadah .
  • Muhd 'Ali ash-Shabuni pula mendefinisikan Quran sebagai firman Allah yang tiada tandingannya diturunkan kepada nabi Muhammad penutup para nabi dan rasul , dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. dan ditulis mushaf-mushaf yang kemudiannya disampaikan kepada kita secara mutawatir , serta membaca dan mempelajarinya merupakan ibadah , yang dimulai dengan surah alFatihah dan diakhiri dengan surah anNas.
Membaca al-Quran adalah sangat penting berdasarkan hadis-hadis berikut , iaitu ;
  • "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari alQuran dan mengajarnya"-Hadis riwayat Bukhari.
  • "Bacalah alquran kerana ianya akan datang pada hari Kiamat membawa syafaat kepada pembacanya"-hadis riwayat Muslim.

Bagi ustaz muhammad Fadhail , beliau berpendapat , pentingnya alQuran itu untuk dibaca dan untuk melahirkan remaja celik Al-Quran kerana ia adalah mukjizat dari Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai pegangan umat islam terutama remaja masa kini yang banyak terjebak dengan gejala sosial dan rasuah .

Sejujurnya pada masa ini , alQuran boleh dikaitkan sebagai pelita hidup . Kesedaran tentang alQuran terhadap remaja dan semua pihak amat penting kerana ia merupakan kebajikan untuk hari akhirat .