Muka hadapan

TAJUK
Melahirkan remaja celik al-Quran dan kepentingannya.

DISEDIAKAN OLEH
Ili Nadiah binti Ibrahim
No matriks : 2011225496
Kumpulan : BMD1Bh

DISEDIAKAN UNTUK
En Abdul Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 101

PROGRAM
Diploma Pengurusan Perniagaan

TARIKH SERAH :
7 August 2011

TARIKH BENTANG

Isi kandungan

TAJUK : Melahirkan remaja celik al-Quran dan kepentingannya.
  1. Isi kandungan.
  2. Abstrak.
  3. Pendahuluan.
  4. Konsep.
  5. Huraian.
  6. Penutup.
  7. Rujukan.

Pendahuluan

Sekian kalinya , saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana mengizinkan saya untuk menyiapkan tugasan yang bertajuk "Melahirkan remaja celik al-Quran dan kepentingannya" ini. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Pensyarah CTU 101 saya , Ustaz Abdul Aziz bin Harjin , sumber saya Ustaz Mohd Nazri bin Ahmad , serta rakan-rakan yang turut membantu dalam menjayakan penghasilan tugasan ini . Tidak lupa juga kepada ibu bapa tersayang yang bertungkus-lumus bekerja untuk membiayai pembelajaran saya .

Tujuan saya membuat esei ini adalah untuk menerangkan kepentingan melahirkan remaja yang lebih dikenali sebagai generasi muda celik al-Quran . Pendedahan asasi al-Quran sejak usia muda amat penting kepada mereka kerana mereka masih mentah dan mudah menerima pelajaran. Mereka bukan sahaja mahir membaca , malah mengetahui makna serta ilmu al-Quran itu sendiri .

Di dalam esei saya terdapat beberapa kelebihan dan kepentingan tentang melahirkan remaja celik al-Quran . Harapan saya agar , esei ini dapat sedikit sebanyak membantu dalam memberi maklumat kepada semua , secara tidak langsung boleh diambil manfaatnya dan dicontohi dalam pembentukan muslim berjaya .

Natijahnya , mendidik remaja celik al-Quran dapat memandu diri mereka ke arah yang lebih kondusif dan barakah . Bukan sahaja golongan remaja , semua umat Islam tidak kira bangsa atau pun kaum hendaklah menghayati al-Quran itu sendiri bagi membentuk seorang muslim yang sejati dan disegani .

Abstrak

AlQuran ialah kalamullah yang diturunkan kepada nabi Muhammad untuk disebarkan intipatinya kepada umat Islam . Ia penting untuk dijadikan panduan agar manusia tidak terpesong dan terpelihara dari melakukan perkara-perkara yang dimurkaiNya . Dengan membaca alQuran , kita akan mendapat pahala yang tidak terkira dengan hanya menyebut satu huruf sahaja , bayangkan jika kita membaca seluruh kitab AlQuran , sudah pasti pahala yang akan diperolehi tidak terkira . Bagi pelajar terutamanya , ia amat elok dan disarankan untuk dibaca kerana ia dapat menguatkan dan menajamkan minda . Ini juga disahkan dari segi saintifik . Justeru , mudahlah bagi pelajar untuk menghafal pelajaran . Bagi kerja kursus CTU 101 ini saya telah memilih tajuk 'Melahirkan remaja celik alQuran dan kepentingannya' . Ini kerana saya telah dididik untuk belajar membaca alQuran seawal usia 4 tahun lagi . Serta saya berpendapat bahawa alQuran amat penting untuk membentuk keperibadian diri . Selain itu tempat saya belajar mengaji juga berhampiran rumah saya , jadi mudah bagi saya untuk menemuramah ustaz dan ustazah yang bekerja di situ . Berdasarkan tajuk ini , ia mengajar saya bahawa alQuran mempunyai banyak kelebihan , contohnya dengan hanya membaca alQuran sahaja kita dengan mudah dapat memperoleh pahala , ini juga sebagai bekalan hari akhirat nanti . AlQuran mencakupi segala hal , justeru ia dapat membendung segala perkara negatif terutama sekali perkara yang melibatkan remaja , iaitu bakal pemimpin masa depan . Secara konklusinya , hendaklah kita jadikan membaca dan memanfaatkan alQuran , pentingnya hal ini kerana ia dapat mengembangkan pemikiran akal manusia unutk berfikir dengan baik , maka dapatlah kita melahirkan remaja celik alQuran . Justeru , terbinanya negara yang dipenuhi dengan umat yang cemerlang di dunia dan di akhirat .

Konsep

Apa itu al-Quran ?

Dari segi bahasa : Quran berasal dari Qara'a , yang bererti menghimpun dan menyatukan . Juga boleh didefinisikan sebagai ; Qira'ah , yang bermaksud menghimpunkan huruf dan kata yang satu dengan yang lainnya dengan susunan rapih .
gambar hiasan
Dari segi istilah pula :
  • Menurut Dr. Subhi alSalih ;
كَلاَمُ اللهِ الْمُعْجِزُ الْمُنَزَّلُ عَلَى قَلْبِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَنْقُوْلُ بِالتَّوَاتِرِ الْمُتَعَبَّدُ بِتِلاَوَت
Quran adalah Kalamullah merupakan mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SWT , yang disampaikan secara mutawatir dan dijadikan membacanya sebagai ibadah .
  • Muhd 'Ali ash-Shabuni pula mendefinisikan Quran sebagai firman Allah yang tiada tandingannya diturunkan kepada nabi Muhammad penutup para nabi dan rasul , dengan perantaraan malaikat Jibril a.s. dan ditulis mushaf-mushaf yang kemudiannya disampaikan kepada kita secara mutawatir , serta membaca dan mempelajarinya merupakan ibadah , yang dimulai dengan surah alFatihah dan diakhiri dengan surah anNas.
Membaca al-Quran adalah sangat penting berdasarkan hadis-hadis berikut , iaitu ;
  • "Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari alQuran dan mengajarnya"-Hadis riwayat Bukhari.
  • "Bacalah alquran kerana ianya akan datang pada hari Kiamat membawa syafaat kepada pembacanya"-hadis riwayat Muslim.

Bagi ustaz muhammad Fadhail , beliau berpendapat , pentingnya alQuran itu untuk dibaca dan untuk melahirkan remaja celik Al-Quran kerana ia adalah mukjizat dari Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai pegangan umat islam terutama remaja masa kini yang banyak terjebak dengan gejala sosial dan rasuah .

Sejujurnya pada masa ini , alQuran boleh dikaitkan sebagai pelita hidup . Kesedaran tentang alQuran terhadap remaja dan semua pihak amat penting kerana ia merupakan kebajikan untuk hari akhirat .


Huraian

Program yang dicadangkan bagi melahirkan remaja celik alQuran :
Untuk melahirkan remaja celik Quran kita hendaklah menganjurkan pogram motivasi yang dapat mendekati remaja dan memberi kesedaran betapa indahnya isi kandingan Quran yang mesti dijadikan pegangan hidup kepada setiap seorang Muslim . Selain itu , Menyelitkan program-program atau akiviti yang berkaitan al-Quran di setiap program atau kem-kem untuk remaja .

Sumbangan terhadap melahirkan remaja celik alQuran :
Menawarkan kepada pelajar-pelajar yang lemah dalam menguasai ilmu Al-Quran untuk menyertai program atau pengajian secara atau pengajian kerana memerlukan masa, kesabaran dan komitmen yang berterusan . Beliau juga menggalakkan ibu bapa untuk mengajak anak-anak mengikuti kelas-kelas atau aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan al-Quran . Malahan juga , beliau menganjurkan aktiviti yang lebih menjurus kepada celik al-Quran seerti ; pertandingan hafazan, tilawah dan lain-lain di surau dan masjid berdekatan rumahnya . Terakhirnya , beliau telah memperbanykkan program atau rancangan yang menarik minat remaja untuk mempelajari al-Quran di sekolahnya terutama sekali ketika hari Maulidurrasul dan bulan ramadhan dengan mengadakan tadarus untuk setiap kelas .

Masalah yang dihadapi dalm melahirkan remaja celik alquran :
Jika dilihatkan, sesetengah masyarakat berfikiran ianya tidak penting dan tidak mendatangkan keuntungan atau menjamin kejayaan pada masa hadapan . Ini kerana mereka tidak nampak kelebihan dan manfaat dari alQuran itu sendiri . Tambahan pula , berdasarkan pemerhatian beliau , hiburan lebih banyak ditayangkan atau diterbitkan berbanding perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu , seperti siaran Majlis alQuran peringkat antrabangsa . Para remaja cenderung lebih berminat kepada perkara sebegitu daripada mendalami ilmu alQuran yang sudah jelas lebih banyak manfaatnya yang akan diperolehi .Contohnya dapat dilihat apabila konsert-konsert muzik lebih banyak dihadiri oleh golongan remaja berbanding majlis-majlis ilmu . Selain itu , remaja cepat merasa bosan dan merasakan mempelajari Quran adalah yang paling susah untuk dipelajari .

Cara selesaikan masalah celik alquran .
Memberikan pendekatan dan kaedah yang lebih mudah mempelajari dan memahami Al-Quran dengan cara bersantai , menghiburkan dan diselangi dengan lawak spontan . Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam menggalakkan anak-anak membaca al-Quran terutama di rumah .

Kepentingan melahirkan remaja celik alQuran :
Pentingnya melahirkan remaja clik Al-Quran kerana ia merupakan panduan dan pedoman hidup supaya tidak terjebak dengan perkara=perkara yang mungkar , seperti maksiat . Remaja merupakan pewaris dan peneraju pada masa hadapan , justeru mereka perlu dididik sejak dari awal bak kata pepatah "melenturi buluh biarlah daripada rebungnya". Selain itu , ia dapat mengatasi masalah keruntuhan akhlak atau moral di kalangan remaja dan masyarakat

Tempat yang selalu diadakan program untuk remaja celik alquran :
Tempat yang boleh diadakan program ini ialah di surau dan masjid . Namun begitu , program remaja celik Al-Quran tidak semestinya di masjid atau surau sahaja . Asalkan tempat tersebut mestilah selesa dan bersih , contohnya sekolah dan kem ibadah .

Apa peranan alQuran dalam kehidupan remaja dan masyarakat :
AlQuran berperanan sebagai panduan hidup dalam menguruskan aktiviti harian yang berlandaskan al-Quran dan asSunnah . Malah , ia dapat mengatasi segala masalah yang berkaitan tentang kehidupan manusia .

Cadangan bagi melahirkan remaja generasi kini untuk celik alquran :
Kita dapat melahirkan remaja generasi kini untuk mudah celik alQuran dengan mengadakan kempen satu rumah satu hafiz atau hafizah , iaitu salah seorang daripada ahli keluarga dihantar untuk mendalami ilmu alQuran contohnya menghantar mereka ke sekolah agama tahfiz . Selain itu , menggalakkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mengikuti kelas al-Quran di pusat pengajian berdekatan , pada zaman kini sudah terdapat banyak tempat yang menyediakan khidmat mengajar mengaji alQuran , jadi tiada alasan lagi untuk remaja tidak tahu membaca alQuran . Tambahan lagi , kita boleh mengadakan kempen kesedaran kepada ibu bapa tentang pentingnya al-Quran . Malah , mengadakan kelas Al-Quran bagi golongan remaja .
Terakhir sekali , menghidupkan suasana Al-Quran terutama di rumah . Masa yang paling baik ialah pada bulan Ramadhan , keluarga bukan sahaja dapat berkumpul beramai-ramai secara tidak dapat megukuhkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain .

Apa peranan alquran dalam kehidupan remaja dan masyarakat :
Peranan Al-Quran dalam kehidupan dan masyarakat amat banyak . Salah satunya , Al-Quran merupakan panduan yang lengkap iaitu syumul yang meliputi perkara sosial , ekonomi dan politik serta lain-lain aspek .

Bagaimana ustaz boleh berminat untuk melakukan kerja mendidik dan mengajar dalam melahirkan remaja celik alQuran :
Contohnya mengajar mengaji bagi mendidik remaja celik alQuran , beliau mengajar atas dasar minat tetapi atas rasa tanggungjawab yang menebal dalam diri sebagai seornag ustaz . Belia merasa amat gembira apabila dapat melihat anak-anak remaja kini celik alQuran .

Peranan ustaz sendiri dalam melahirkan remaja celik alQuran :
Peranan beliau dalam melahirkan remaja celik Al-Quran ialah dengan cara meluangkan masa mengajar anak-anak remaja mempelajari Al-Quran serta mengadakn kelas Qiraati di masjid-masjid dan surau di sekitar rumahnya .

Kesimpulan

gambar hiasan

Natijahnya , mendidik remaja agar celik alQuran mempunyai benyak kelebihna , terutama sekali terhadap tarabiah mereka . Banyak hikmahnya dengan membaca alQuran , ia juga mempunyai pengajaran , kisah perjuangan anbia serta perkhabaran ghaib yang dapat menggambarkan kesejahteraan dan kebahagiaan dunia akhirat . Pentingnya didikan awal alQuran kepada remaja kerana asas yang tertanam dalam diri mereka tunjangnya bermula dari didikan , teladan yang dapat dilihat oleh mereka terhadap sekeliling . Jika tidak dididik sejak akar umbi , mereka barangkali akan alpa , disebabkan itu ramai antara remaja yang dibelenggu masalah diri , keluarga atau rakan-rakan . Justeru , mereka lebih senang mengambil tindakan bertentangan agama bagi menyelesaikan kemelut masalah yang melanda , contohnya dengan membunuh diri sebagai jalan pintas . Namun dengan adanya , didikan celik alQuran dapat mengembalikan mereka mencari diri , ketenangan dan kekuatan dengan membaca al-quran atau sekurang-kurangnya mendengar ayat suci lagi indah itu . Tambahan pula , pabla bibir sentiasa dibasahi bacaan alQuran , ia menjadi sebati dalam jiwa seseorang , ia akan mengalir dalam darah kita sekaligus menjalar ke seluruh urat saraf . Kesannya akan terpamer terhadapketerampilan remaja itu sendiri . Itulah kebaikannya mendidik remaja celik alQuran .

Rujukan

SUMBER ORANG PERSEORANGAN
  • NAMA : Muhammad Fadhail Bin Omar Al-Hafiz
  • TARIKH LAHIR : 10 February 1892
  • TEMPAT LAHIR : Hospital Besar Alor Setar
  • PEKERJAAN :Guru subjek Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2
  • HOBI : Membaca bahan-bahan ilmiah
  • PENDIDIKAN : Ijazah Sarjana Muda Usuluddin
  • SEJARAH PENDIDIKAN :
  1. Pusat Asuhan Tunas Islam Nurul Iman: tahun 1998
  2. Sekolah Kebangsaan Lahai : tahun 1999-2002
  3. Sekolah Rendah Islam Raudhatul Muslimin : tahun 2003-2004
  4. Institut Pendidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (ABADA) : tahun 2005-2006
  5. Pusat pengajian Al-Quran Luqman Al-Hakim : tahun 2007-2008)
  6. Madrasah nur As-Salam : tahun 2009
  7. Universiti Al-Iman, Yaman : tahun 2010
  8. Universiti Yamaniah : tahun 2011